Saturday, September 5, 2009

epistemologi ilmu dan pembinaan tasawwur

Ilmu lahir dan berkembang atas asas yg tertentu. ia dihubungkan dengan teori dan asal usul ilmu yang disebut sebagai epistemologi. epistemologi sesuatu ilmu mempunyai landasan dan tapak yang tertentu. daripadanya ilmu berdiri, berkembang dan membentuk pandangan semesta atau tasawwur seseorang mengenai sesuatu.

epistemologi ilmu sekular atau moden yang digunakan oleh umat Islam masa kini tidak menjadikan agama sebagai tapak atau landasannya. jika diibaratkan seperti sebatang pokok, akar yang menyuburkan dahan dan ranting, daun dan buah adalah berasaskan rasionalisme, saintisme, humanisme, libealisme dan modenisme Barat. akar tunjang yang berasaskan rasionalisme semata-mata menghasilkan bunga dan buah pemikiran yang sifatnya sekular berasakan fakta, data dan dapatan hasil uji kaji dan pemerhatian yang menggunakan akal dan pancaindera semata. nilai, etika dan estetika dilihat sebagai 'nisbi' dan sifatnya normatif atau berubah2 dalam kegunaan dan pmakaiannya.

faham sekular membawa maksud 'kekinian' atau kontemporari yg dirujk daripada bahasa Latin 'seculum'. Faham 'kekinian' ini menolak faktor-faktor kesilaman yg merujuk kepada agama, falsafah dan tamadun yang berasaskan nilai dan etika. ilmu2 moden yang bersifat ilmu2 kemanusiaan samaada sosiologi, antroposogi, psikologi atau ekonomu dan pnegurusan mengambil fakor empiris sebagai landasan perkembangannyya. manusia dan benda dilihat sebagai alat. ia tidak dilihat sebagai suatu proses penciptaan dan pengembangannya berlaku secara kebetulan dan tertakluk kepada pengaruh persekitaran dan juga fennomena. sebarang faktor agama untuk dijadikan hujah empiris tertolak kerana ia dianggap sebagai dogma iaitu tidak mempunyai asas pembuktian secara saintifik. konsep dan pendekaan saintifik masih berlegar sekitar benda2 wujud dan maujud ttpi tidak atas asas2 yang dikatakan ujud dalam ghaibiyyah.

epistemologi ilmu Islam berdiri atas asas sumber naqliah iaitu wahyu dan tidak menolak faktor aqliah yang berasaskan penyuburan akal dan perkembangan pemikiran. jika diibaratkan seperti pokok juga, akar tunjang bagi pokok itu ialah akidah. akar2 yang lain dirujuk sebagai ibadah, akhlak, syariah dan lain2. akar tunjang yang mantap dan subur bagi menumbuhkan batang, dahan2, ranting2, daun, bunga dan buah adalah hasil kekuatan akidah yg jelas, membentuk pandangan semesta atau tasawwur yang lebih sepadu dan fitrah sifatnya.


epistemologi ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang sepadu. ilmu Mengurus Diri seperti akidah, ibadah, akhlak, syariah dan lain2 menjadi tunjangan membentuk gandingan dgn Ilmu Mengurus Sistem seperti sains, teknologi, ilmu2 kemanusiaan. Dr. Maurice Bucaille menemui titik yang amat menarik antara sains moden dan al-Quran itu sendiri. di dalam al-Quran hampir 2000 ayat mengenai sains sahaja. asas inilah yang melahirkan sejumlah besar ilmuan dan saintis Islam yang memulakan tradisi ilmu dengan tradisi hafazan, tafsir, mahir dalam loghat atau bahasa, memahami falsafah, logik dan muzik kemudian menekuni bidang yang pelbagai seperti matematik, astrofizik, perubatan, sains dan teknologi hingga akhirnya mampu menampilkan tamadun unggul selama lebih 600 tahun. pencapaian silam itu sudah tentu relevan dgn zamannya dan perkembangan sains dan teknologi hari ini sudah tentu berbeza dengan apa yang berlaku pada masa lalu. menyebut pencapaian silam adalah kerana terdapat roh integrasi yang perlu diteladani di samping sikap kreatif dan reflektif yang tinggi supayasains dan "the sign of the Creator" dapat didekati secara fikir dan zikir.

kehebatan ilmu2 sains ini berkembang di Barat dan banyak kitab2 utama dalam tamadun Islam diterjemahkan ke bahasa Latin dan Ibrani sehingga sejarah membuktikan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam dan kebangkitan Barat dalam ilmu pengetahuan saham tamadunnya adalah daripada kebangkitan Baghdad dan Andalusia.

tamadun Islam mengalami keruntuhan lebih 600 tahun yang lalu. umat dan peradabannya tidak lagi terserlah. kalau ada pun 'kebangkitan', ia berlaku seca setempat @ rantau tertentu @ terpancar di kalangan tokoth2 tertentu. ia tidak lagi bersifat alamiah. ia ditambah dengan pengalaman penjajahan Barat lebih 40 tahun menyebabkan umat Islam terpinggir dan menjadikan mereka sebagai umat pengguna terhadap kekuatan ilmu dan tamadun Barat.

antara faktor yang melatari kemerosotannya ialah hub ulama-ilmuan dengan umarak @ pemimpin menjadi runcing dan pihak umarak mendapat nasihat di kalangan orang yang berkepentingan. tradisi tafasir dan ta'wil dalam ertikata integrasi ilmu tidak lagi berkembang dan ilmu Islam menyudut dalam batas2 tertentu dan terjebak antara mercupnya khurafat dan tebalnya ajaran sesat. tradisi pengkaryaan tidak lagi subur dan buah ilmu serta pemikiran ilmuan Islam tidak lagi tersohor tradisi keterbukaan untuk berkongsi tamadun semakin menipis dan akhirnya pengolahan ilmu dan pendidikan menyisihkan ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem.

penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun di negara2 umat Islam menyebabkan fahaman sekular bertapak dan berkembang dan ilmu serta pendidikan menjadi dualistik. dominasi ilmu Mengurus Sistem memberikan acuan dasar2 pembangunan dan perubahan negara dan akhirnya menghasilkan anak didik yang bercitarasa Barat yang memandang remeh terhadap tradisi dan agamanya.

kalau diibaratkan sebatang pokok, akar tunjangnya dan akar2 lain ialah rasionalisme, saintisme, humanisme, utilitarianisme, pragmatisme dan lain2 menghasilkan cabang dan ranting, bunga dan buah yang sifatnya sekular. daripadanya mencambahkan ilmu2 sains tulen yang terputus dengan akidah dan nilai dan sains kemanusiaan yang tercabut dari pandangan semesta @ worldwide yang berasakan nilai2 agama.

ilmu sebegini berkembang begitu lama di negara umat Islam dan dlm masa yag sama tradisi ilmu dalam Islam menjurus kpd pengukuhan ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem diteroka oleh anak didik yang bercitarasa Barat dan menyebabkan dasar2 utama negara dalam bidang pengilmuan dan pendidikan dan bidang3 lain menjadi sekular. kesannya ialah melahirkan konflik yang berpanjangan di kalangan kelompok tradisi dgn kolompok moden yang terpancar dalam gelanggang politik, pendidikan, kebudayaan dan juga sosial.

lebih2 lagi pada era pascamodenisme kini, Barat menampilkan idea2 Michel Foucault dan Jacques Derrida, Jean Descartes yg melanjutkan pendirian Netzsche dan Claude Levi Strauss bahawa "Tuhan Sudah Mati". aliran ini menolak kepentingan autoriti dan hieraki dan akirnya menghasilkan masyarakat dan sistem yang sifatnya anarki. aliran yang anarkis inilah yang menghasilkan ketidaktertibam dan ketidak aturan dan menyebabkan kehilangan adab pada insan. globalisasi dalam beberapa hal menggambarkan aliran anarkis yang mana kesan kebangkitan baru membawa penolakan langsung terhadap nilai dan moral, adab dan etika hingga yang tertampil ialah kecenderungan memanipulasi aspek2 yang bersifat kebendaan utk merangsang fahaman hedonisme yang melampau. teknologi canggih yang terhasil sama ada dalam bidang komunikasi dan telekomunikasi menyuburkan bahan2 lucah dan hedonistik menifestasi nilai2 rakus dan tertekan hingga menyebabkan proses perubahan dan kemajuan menjadi hilang punca. akhisnya manusia menjadi lebih haiwani dan meratah nilai2 keinsanan ibarat api yang membakar daun2 kering di musim kemarau!!



p/s: artikel ini diadaptasi dari majalah milenia keluaran ogos 2009, hasil karya prof dr sidek baba. satu artikel yang pada ak patut dikongsi bersama.. mga sama2 dpt pengetahuan n berusaha ke arah pengembalian sistem kehidupan / tamadun Islam.. aminn..

No comments:

Post a Comment